
Rhino terlibat dalam pengeluaran dan pengedaran baja organik yang khusus di dalam industri kelapa sawit. Syarikat telah menghasilkan 3 produk cap kempa yang disasarkan untuk tanah yang bermasalah dan untuk memperbaik prestasi tanaman.
Rangkaian baja Rhino yang menggabungkan teknologi canggih membekalkan keberkesanan biologi yang terbukti dan kini luas digunakan di dalam industri kelapa sawit. Peladang
dididik untuk menggunakan pelbagai peralatan pemantauan dalam-lapangan, bersama ujian dedaun dan tanah konvensional untuk memaksimumkan produktiviti, kualiti tanaman dan
keberuntungan.
Rhino telah membangunkan produk-produk yang terbaik untuk industri kelapa sawit, dan majoriti pelanggan kami ialah peladang konvensional yang mencari-cari cara untuk
meningkatkan kecekapan dan kemampanan masing-masing. Rangkaian baja organik aktif Rhino yang dirumus secara unik memberikan penekanan ke atas rangsangan hayat tanah, yang
merangkumi baja terkompos, inokulum mikrob dan penggalak-bio penjana. Tiga produk biologi khusus kini telah menjadi produk ‘komoditi’ dalam pertanian konvensional atas sifat
unggul yang masing-masing ditemui oleh peladang. Produk-produk ini merangkumi Plus, Active dan Basic, yang menawarkan peningkatan pertumbuhan tumbuhan, pembaikpulihan tanah dan
rangsangan kuat hayat tanah yang bermanfaat. Rhino sememangnya khusus di dalam ketiga-tiga input ini dan menawarkan suatu rangkaian komprehensif alternatif yang berprestasi
tinggi dan berbaloi.
Rhino-Active™
Sejenis baja terkompos yang kaya dengan mikrob dan berkarbon tinggi, yang menangani masalah penyusutan karbon yang lazim di dalam pertanian konvensional.

Rhino Plus™
SEJENIS BAJA ‘LAKURAN’ YANG MERANGKUMI SEMUA ASPEK – FIZIKAL, KIMIA DAN BIOLOGI. SEJENIS BAJA PREMIUM, PEMBAIK TANAH DAN INOKULUM MIKROB SEMUA-DALAM-SATU YANG DIDEDIKASI KHAS UNTUK PENGHASILAN KELAPA SAWIT MATANG YANG TINGGI.

Soil Doctor
“Good For Nature, Good For You.”
We Provide Following Services
Contact Us
Rhino Group Sdn Bhd
NO 36 JALAN CAHAYA BARU 1,
TAMAN BANDAR CAHAYA BARU,
83700 YONG PENG,
JOHOR
T : 1300.800.866
E : RHINO.FERTILIZER@GMAIL.COM
